Go to content Go to navigation Go to search

The Petabyte BI World - Wired

July 15th, 2008 by admin

Sensors everywhere. Infinite storage. Clouds of processors. Our ability to capture, warehouse, and understand massive amounts of data is changing science, medicine, business, and technology. As our collection of facts and figures grows, so will the opportunity to find answers to fundamental questions. Because in the era of big data, more isn’t just more. More is different.

This month’s Wired magazine carries one of the most important growing concerns of the scientific community, the uncontrollable growth of data. This growth of data in many directions is nearly killing theories as everything is becoming more and more data controlled.

There are a series of articles ranging from what data miners are digging today to elaborate algorithms that predict air ticket prices to how we can monitor epidemics hour by hour.

If you are a BI entusiast or not, this month’s Wired cover story will challenge all your predictions about science and technology, even if you have a petabyte of data to support it !! Read it, like, right now !!

trilex ! dog cushings disease

CATATAN KURSUS

December 31st, 1969 by admin

KURSUS PADA 27 JULAI 2008

Kursus kami ini selamat disertai oleh 12 orang peserta di mana seoang dari peserta adalah berketurunan cina yang datang jauh dari Negeri Sembilan. Segalanya berjalan dengan lancar dan amat seronok kerana kehadiran seorang peserta yang amat-amat kelakar dan juga becok bercakap yang membuatkan keadaan menjadi lebih ceria iaitu Datin Siti Ramlah Bt Md Noor. Datin memang kelakar lah… Nanti dah start projek jangan lupa jemput pihak kami ke sana.

Terima kasih pihak kami ucapkan kepada semua peserta yang terlibat. Semoga kalian berjaya menjalankan projek masing-masing.

Peserta Kursus pada 27 Julai 2008

Photobucket

KURSUS DI KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

Pengalaman berkursus jauh dari Selangor merupakan pengalaman baru buat kami di FAF. Apabila mendapat jemputan untuk kursus ini, FAF tidak melepaskan peluang kerana kamki ingin mengutip sebanyak mungkin pengalaman menganjurkan kursus di tempat yang jauh. Kursus anjuran KKPG ini adalah kerjasama antara pihak Cemerlang Tani Sdn Bhd dan juga Fatisha Agro Farm sebagai tenaga pengajar. Selain itu FAF juga telah menjemput 3 orang pengusaha di Johor sendiri bagi membantu perjalanan kursus yang kan bertindak sebagai fasilitator iaitu En Sailfulam atau Am iaitu Pengurus Sailfulam Agrofarm, En Taapor dari Batu Pahat dan juga Cik Liyana iaitu pemilik Cemerlang Tani Sdn Bhd. Perjalanan dari Kajang ke Pasir Gudang mengambil masa hampir 6 jam. Kami menaiki van ke sana. Yang mengikuti dari sini adalah pengurus iaitu yang sedang menulis ni, Rusila bersama staf iaitu Cik Fyda dan juga Cik Anga.

Kami menginap di TS Hotel yang hanya besebelahan dengan Kolej Komuniti Pasir Gudang. Kursus yang dibuka kepada 50 orang peserta ini telah dihadiri oleh 26 orang peserta yang kebanyakannya adalah datang dari kawasan Pasir Gudang sendiri. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Cuma satu lagi perkara yang kami lupa adalah mengambil gambar kenangan beramai-ramai bersama peserta. Syukurlah masih ada gambar-gambar lain sebagai kenangan di sana.

Ribuan terima kasih pihak kami ucapkan terutamanya kepada Puan Hamidah sebagai wakil Kolej Komuniti Pasir Gudang yang memberikan kepercayaan kepada kami dan juga Cik Liyana dari Cemerlang Tani Sdn Bhd yang berkolaborasi bersama FAF bagi menjayakan perjalanan kursus ini. Tidak lupa buat Am dan Taapor, eerima kasih berbanyak kami ucapkan kepada semua.

Van ni la saya drive sendiri ke Pasir Gudang…

Photobucket

Sampai dah..kul 5 pm.. 6 jam… letih….

Photobucket

Hotel tempat kami menginap…

Photobucket

Barang-barang ngajar…

Photobucket

Kelas pun bermula… dewan besar juga…

Photobucket

Sesi praktikal…semuanya bersungguh2…

Photobucket

Masa kukusan….

Photobucket

Nak dijadikan cerita…. terjumpa kawan lama masa matrik dulu…dah berbadan dua… Si Oya ni pensyarah di Kolej ni…

Photobucket

Ni semua kakitangan yang terlibat.. termasuk 2 orang peserta yang belum balik… nak buat macam mana sampai leh lupa amik gambar beramai2 bersama peserta….

Photobucket

Masa untuk pulang….

Photobucket

KURSUS PADA 13 JULAI 2008

Kursus penanaman cendawan pada tarikh ini telah berjalan dengan jayanya dan ianya disertai oleh 3 orang peserta daripada hampir 10 orang yang telah mendaftar. Jumlah peserta yang sedikit memberi lebih kefahaman kepada peserta dan perjalanan kursus juga berjalan dengan cepat. Yang penting, semuanya telah difahami dan selamat dipelajari. Selamat berjaya buat para peserta semua.

Photobucket

Source: fatisha

BEG MEDIA MATANG UNTUK DIJUAL

December 31st, 1969 by admin

KAMI MEMPUNYAI LEBIH KURANG 300 BEG MEDIA MATANG UNTUK DIJUAL. HARGA RM1.70. SILA HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT. SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!!!

Source: fatisha

Terima Kasih Daun Keladi

December 31st, 1969 by admin

Photobucket

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Saudari Nor Fazilina Bt Leela Nasuruddin pelajar jurusan Pengajian Perniagaan dari UiTM Merbok, Kedah yang menjalankan praktikal di FAF selama 1 bulan bermula 1 Jun hingga 30 Jun atas dedikasi yang beliau tunjukkan. Beliau yang menjalankan praktikal di FAF sebagai memenuhi syarat kursus yang beliau ambil di sana iaitu Latihan Keusahawanan Siswazah (LKS) di bawah anjuran MEDEC. Semoga segala yang telah dipelajari di sini dapat dimanfaatkan. Selamat Berjaya!!!

Source: fatisha

Kursus Bersama Kolej Komuniti Kuala Langat

December 31st, 1969 by admin

Pada 29 Jun yang lalu, kursus anjuran Kolej Komuniti Kuala Langat telah berlangsung dengan jayanya di Fatisha Agro Farm. Ia disetai oleh 24 orang peserta diiringi 4 orang pegawai kolej. Kursus bermula lebih kurang 9.30 pagi memandang jarak KKKLA yang agak jauh di Banting.

Suasana kursus agak menceriakan kerana kehadiran 2 peserta cilik yang merupakan anak kepada pegawai kolej. Mereka turut mengambil bahagian dan bersama-sama terlibat semasa proses bagging dijalankan. Kursus ini merupakan kursus fasa 1 dan sambungannya iaitu kursus fasa 2 akan dijalankan pada bulan hadapan.

Semoga segala ilmu yang telah dikongsi bersama disini dapat dimanfaatkan bersama. Jumpa lagi pada kursus yang akan datang. Selamat berjaya untuk semua.

Photobucket

Gambar-gambar akan saya masukkan nanti….

Source: fatisha

Bagging Machine Untuk DiJual

December 31st, 1969 by admin

Photobucket

Spesifikasi

Harga: RM3,200 (termasuk penghantaran sekitar Lembah Klang)
Penghasilan Beg : 300-400 beg sejam
Buatan Tempatan
1 Horse Power
Ringan, kecil dan mudah dialihkan

PENGGUNAAN

Bancuhan perlu dilakukan mengunakan mixer atau pembancuh (pengubahsuaian boleh dilakukan berdasarkan kretiviti pembeli seperti mengunnakan convenyer untuk mengalihkan media dari mesin bancuhan ke mesin ini). Selepas itu, media perlu dimasukkan/dituangkan ke dalam mesin ini. Ini adalah mesin pembungkus satu corong. Plastik akan dimasukkan ke dalam corong dan kaki akan menekan pedal yang akan mengeluarkan media masuk ke dalam plastik. Tahan plastik supaya media memadat di dalam plastik. Selepas itu penutup dipasang secara manual.

Source: fatisha

December 31st, 1969 by admin

Photobucket

Source: fatisha

STEAMER UNTUK DIJUAL

December 31st, 1969 by admin

Photobucket

Photobucket

HARGA: RM2500 SAHAJA
MUATAN: 560 BEG
TEMPAHAN BOLEH DISIAPKAN DALAM MASA 2 MINGGU SAHAJA…

Source: fatisha

MAHA 2008 - PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

December 31st, 1969 by admin

Photobucket

MAHA 2008 berlangsung dari 12 - 23 Ogos 2008 di Maeps Serdang. Kini tinggal 2 hari lagi pameran terbesar pertanian ini berlangsung. Sepanjang itu saya telah mengunjunginya sebanyak 4 kali. Belum sempat lagi berkunjung ke semua dewan kerana kesuntukan masa. Sepanjang saya pergi 4 kali itupun, saya pergi bersebab kerana menghantar cendawan segar kepada pelanggan saya yang membuka gerai jualan di Pintu 2 berdekatan dengan pameran penternakan.

2 tahun lepas melawat untuk cari maklumat tentang cendawan, tahun ni hantar cendawan sendiri dah ke sana :=D

Photobucket

Kepada yang berminat dengan bidang pertanian, inilah peluang untuk mencari ilmu dan juga mencari peluang-peluang yang ada di dalam bidang ini. Mengikut sejarah saya sendiri :), MAHA inilah tempat pertama saya menimba ilmu tentang cendawan hasil berkunjung ke beberapa booth pada tahun 2006 dahulu iaitu yang masih saya ingat JAbatan Pertanian, Pertubuhan Peladang dan juga Mardi. Waktu tu terdapat juga beberapa syarikat swasta yang terlibat dalam pameran tersebut seperti Purnama Untung dan juga CNC. Tapi saya tak berkesempatan ke booth Purnama Untung kerana masalah yang sama seperti sekarang, kesuntukan masa. Saya hanya sempat berkunjung ke MAHA selepas waktu bekerja. Sewaktu itu saya sedang menjalani praktikal di Batu Caves. Dan perjalanan balik ke Serdang mengambil masa hampir satu jam juga merempit waktu tu. Balik kerja jam 6 petang jadi bayangkan jam berapa saya sempat ke sana. Sewaktu pameran MAHA 2006 saya berkunjung ke sana sebanyak 3 kali. Dan tahun ni insyaAllah lebih dari itu.

Pameran kali ini memang lebih hebat dari yang lepas. Mengunakan tapak kekal yang lebih selesa dan juga perkhidmatan tram yang kian bertambah. Kalau dulu saya tak berpeluang menaikinya, sekarang sudah merasa sendiri. Pengusaha cendawan yang membuat pameran juga sudah makin bertambah. Alhamdulillah itu perkembangan yang baik dalam bidang ini. Kalau dulu bila melawat ke sana tiada yang kenal kita, tapi tak sangka hasil kunjungan saya ke booth Persatuan Veteran Tentera, pengusaha cendawan dari Kuantan yang membuat pameran di bawah persatuan tersebut mengenali saya tanpa saya memperkenalkan diri. Mesti cam wajah saya yang selalu keluar kat blog ni :) .

Tahun ni FAF masih belum berkesempatan untuk membuka booth sendiri di sana. Ramai yang menelefon saya bertanyakan tentang hal ini. InsyaAllah untuk MAHA 2010 impian FAF akan jadi kenyataan untuk menjadi salah seorang dari exhibitor dalam pameran tersebut. Jadi pada sesiapa yang belum berkunjung ke sana, cepat-cepat lah berkunjung. Ini lah peluang besar yang perlu kita cari dan gali.

SELAMAT BERKUNJUNG DAN MENCARI ILMU….

masih minat untuk bergambar dengan beg media walau dah biasa.. hehehe… kenangan ni…

Photobucket

Source: fatisha

Cerita di Bulan Ramadan

December 31st, 1969 by

Salam Ramadan….

Lama tak update blog. Semua ni gara-gara sibuk di bulan ramadan yang penuh keberkatan ni. Sejak masuk ke bulan ramadan, aktiviti di bangsal terhenti sebentar. Saya hanya melakukan aktiviti jualan beg sahaja. Penghasilan beg akan dilakukan mungkin pada minggu ke tiga atau ke empat. Atau mungkin juga selepas raya.

Seperti biasa, bulan ramadan ni saya berniaga di pasar ramadan di Seksyen 16 Bandar BAru BAngi. Tahun ni, selain daripada cendawan goreng rangup dan berempah, produk baru diperkenalkan iaitu sup cendawan atau pun cream of mushroom. Alhamdulillah sambutan agak menggalakkan. Ramai yang singgah bertanya, ini sup buat sendiri atau dalam tin? Yang pasti memang buat sendiri dan cendawan yang digunakan adalah daripada jenis cendawan tiram kelabu bukannya cendawan butang seperti kebiasaannya.

Satu perkara menarik di pasar ialah, kehadiran penyanyi Mawi. hehehe… Jadilah betullah saya dengar ura-ura dia bina banglo bernilai satu juta di Bangi. Bila dah nampak kelibat dia sendiri di Pasar Ramadan ni, jadi saya percayalah berita tu. Beruntung si Ikin yer… Terlepas lah saya…. Ingatkan bila dah tinggal satu tempat ni lagi senang la nak tackle.. hahaha… Saya ni peminat Mawi.. semua album dia saya beli… Aduhai…. Satu lagi napelah bila dia datang saya lupa pulak bawak kamera…tengah sibuk plak tu… tak kan nak gi kejar dia amik gambar ngan kamera hp.. apa plak kata customer saya… aduhai sekali lagi….

Kepada yang berminat untuk melihat sendiri mesin bagging, sila lah singgah di farm saya. Tapi telefon dulu lah. Mesin tu dah ada di bangsal saya sejak 2 minggu yang lepas.

Buat semua selamat berpuasa!!!

gerai dari hadapan…

Photobucket

tengah bancuh…

Photobucket

tengah bancuh lagi…

Photobucket

cendawan yang diracik untuk buat cendawan goreng rangup…

Photobucket

tepung yang telah dibancuh…

Photobucket

tepung kering…

Photobucket

cendawan goreng, sup dan sate cendawan…

Photobucket

guna bunting masa seminar dulu je…

Photobucket

Source: fatisha

« Previous Entries