Setahun Dalam Kenangan
December 31st, 1969 by admin
Saya tak banyak masa untuk bercerita seperti dulu. Tapi saya ingin benar menulis panjang-panjang seperti dulu tetapi masa belum mengizinkannya. Alhamdulillah setelah setahun bergiat dalam bidang ini, saya mula melihat potensi yang amat cerah walau pada permulaan yang saya nampak hanya cahaya yang malap. Malap bukan kerana ia gelap, tiada harapan, tetapi sikap saya yang tidak cuba mengkaji peluang yang ada di depan mata. Peluang terlalu banyak, tetapi saya mengambil masa yang terlalu lama untuk merebutnya. Saya kadang-kadang selalu memberi alasan yang saya sendiri, saya seorang, saya tiada siapa-siapa tanpa saya sedar di belakang saya banyak yang menyokong, banyak yang membantu. Saya ada ramai kawan rapat, yang sanggup menolong hingga mencuri masa sendiri. Ada yang selalu datang membantus aya di FAF. Tetapi saya masih beralasan. Alasan yang diberi memang sekadar alasan sedangkan saya sebenarnya mampu lakukannya. Tapi itulah saya, mengambil masa yang terlalu lama dan itulah yang selalu merugikan saya. Jadi pada sesiapa sahaja, rebutlah peluang yang ada. Jangan menunggu peluang datang, tetapi kita mencipta peluang itu.
Sekarang saya sudah boleh menarik nafas lega. FAF sekarang mengorak langkah baru. Meneroka peluang yang ada. Menggunakannya sebaik yang mungkin. Apa yang penting, saya kini tidak lagi sendiri kerana sudah mempunyai staf dan rakan kongsi baru yang membantu dari segi pentadbiran dan juga operasi. Ia melicinkan lagi perjalanan FAF untuk masa depan. Saya masih ada banyak lagi perancangan yang belum tercapai. Dalam setahun dua saya berharap saya dapat capai matlamat yang diharap-harapkan selama ini.
Buat semua pembaca setia blog Siswazah Tani, saya ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan semangat yang anda berikan kepada FAF. Juga kepada peserta kursus FAF atau kolej komuniti yang sudah mencecah hampir 200 orang, saya berharap segala ilmu tentang penanaman cendawan yang telah dikongsi bersama dapat dimanfaatkan seterusnya. Jangan patah semangat bila ditimpa apa-apa dugaan kerana ia adalah satu langkah menuju kejayaan. All the best…
Source: fatisha
- No Comments »
- Posted in 242